1 Disember 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, di Putrajaya. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan yang terlibat.
Mesyuarat membincangkan status pelaksanaan serta penyelarasan strategik kedua-dua program berimpak tinggi yang akan berlangsung mulai 5 hingga 7 Disember 2025. Persiapan akhir juga dilaporkan sedang rancak dijalankan bagi memastikan penganjuran berjalan lancar dan memberikan impak besar terhadap pengukuhan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam serta kesejahteraan rakyat.
Bagi menjayakan penganjuran ini, seluruh rakyat Malaysia khususnya warga MOSTI amat dialu-alukan untuk hadir dan memeriahkan program selama tiga hari tersebut, dan seterusnya menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam dan semangat MADANI.




