Skip to main content
Berita

Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Sains Negara (JKPSN)

21 Julai 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Sains Negara (JKPSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertempat di Bilik persidangan ICU, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku sekretariat Mesyuarat, Ketua–Ketua Setiausaha Kementerian serta wakil–wakil dari Kementerian dan agensi Kerajaan yang berkaitan.
Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Sains Negara (JKPSN) ini adalah selaras dengan usaha pemerkasaan Majlis Sains Negara (MSN) yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Sains Negara Bil. 2/2024 pada 4 November 2024. Mesyuarat JKPSN berperanan untuk mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif yang ditetapkan oleh MSN di semua peringkat merentasi pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi termasuk Persekutuan dan negeri. Jawatankuasa ini juga turut bertanggungjawab meneliti isu-isu yang sesuai dibawa ke Mesyuarat MSN yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Skip to content