14 Ogos 2025, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Siber (JPKS) Bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Dewan Persidangan ICU, JPM.
JKPS berfungsi sebagai badan khas yang memantau, mengurus dan menyelaras tindakan dalam menangani ancaman keselamatan siber dengan lebih efisien.
Hadir sama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Perkhidmatan dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.