Skip to main content
BeritaCovid-19

Mesyuarat Kerjasama Strategik MITI-MOSTI Bagi Menyokong Usaha Menangani Penularan Wabak Covid-19

By 2020-03-31Februari 13th, 2021No Comments

31 Mac 2020, Putrajaya: Mesyuarat Kerjasama Strategik MITI-MOSTI Bagi Menyokong Usaha Menangani Penularan Wabak Covid-19 telah diadakan pada 31 Mac 2020 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dan telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Mesyuarat ini telah membincangkan perkara-perkara seperti pembangunan Teknologi Robotik, penggunaan 3D Printing dan Aplikasi Teknologi Nano di Screening Booth Covid19 yang dibentangkan oleh agensi-agensi MOSTI iaitu MTDC dan NanoMalaysia Berhad yang boleh membantu petugas barisan hadapan (frontliners), rakyat dan industri. Inisiatif ini sedang digembleng menerusi kerjasama strategik pelbagai pihak berkepentingan di seluruh negara termasuk innovator peringkat akar umbi. Sebahagian besarnya memerlukan penglibatan penuh industri pembuatan dan pengilangan dengan bantuan pihak MITI dalam memberi akses pantas kepada rantaian bekalan serta sokongan ke atas urusan logistik serta pengilangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Di samping itu, inisiatif Digitising Businesses oleh Cradle Fund, MOSTI termasuk MARii Digitalisation Programmes and Initiatives Related to COVID-19 oleh Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii) bagi membantu SMEs dalam tempoh ini turut dibincangkan.

Teknologi Robotik dapat digunakan untuk urusan penyemburan nyahkuman dan delivery bagi kawasan tertentu termasuk hospital. Teknologi 3D Printing pula membantu mempercepat dan mengurangkan kadar pemprosesan, mengurangkan kos pengeluaran serta mengurangkan masa pembaikan produk. 3D printing ketika ini menyumbang kepada penyediaan Personal Protective Equipment (PPE) kepada barisan hadapan sebagai alat perlindungan diri daripada wabak ini. Teknologi Nano pula merupakan penggunaan partikel atau zarah bertujuan menangani masalah kuman dan virus pada permukaan seperti dinding dan lantai menggunakan kaedah semburan bagi membantu membersihkan udara dalaman. Penyemburan nyah kuman dan nyah cemar juga dilakukan semasa operasi sanitasi awam di seluruh negara.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI, YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha MITI, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Agensi, Ahli Akademik serta pihak swasta.


Skip to content