13 Februari 2023, Banting – Lembaga Angkasa Malaysia atau juga dikenali sebagai “MSB” merujuk kepada Malaysian Space Board yang ditubuhkan bagi menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berhubung pelaksanaan dan pentadbiran Akta Lembaga Angkasa Malaysia [Akta 834] khususnya mengenai mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa yang tertentu di Malaysia. Akta ini juga berperanan memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat dan terjamin serta mematuhi segala garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.