Skip to main content
Berita

Mesyuarat Majlis Air Negara Ketujuh (MAN 7)

2 Disember 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Air Negara Ketujuh (MAN 7) yang dipengerusikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Mesyuarat ini menjadi platform strategik membincangkan dasar, pengurusan sumber air, bekalan air, serta perkhidmatan pembetungan di peringkat nasional.

MOSTI komited memainkan peranan aktif dalam memastikan pengurusan sumber air negara dilaksanakan secara mampan, bersepadu dan berdaya tahan, sejajar dengan aspirasi negara dan inisiatif kerajaan dalam memperkukuh keselamatan serta ketersediaan air demi kesejahteraan rakyat.
Skip to content