Skip to main content
Berita

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 3 Tahun 2025 MOSTI

3 Disember 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 3 Tahun 2025. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh pihak pengurusan serta wakil pekerja bagi membincangkan isu-isu semasa dan usul baharu yang dikemukakan.

Pada mesyuarat kali ini, turut diadakan sesi penyerahan surat pelantikan wakil pekerja MBJ MOSTI bagi Sesi 2025/2027. Tahniah diucapkan kepada semua yang dilantik. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan warga MOSTI.
Skip to content