24 April 2025 – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) kali ke-47, bil. 1/2025 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.
MPFN dianggotai oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri yang mempunyai tanggungjawab berkaitan perancangan bandar dan desa.
Hadir sama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir sama, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.