28 April 2025, Perak – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (MEXCO-STI) di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Mesyuarat MEXCO-STI Bilangan 1 Tahun 2025 diadakan buat julung kalinya di luar Lembah Klang dan Perak merupakan negeri pertama yang menjadi tuan rumah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dengan STI.
MEXCO-STI diadakan bagi membincang, berkongsi idea dan pandangan mengenai hala tuju serta perkembangan sains, teknologi dan inovasi (STI), melalui kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan yang lain.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bahawa MOSTI amat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang sentiasa bersama dalam usaha menjayakan agenda STI negara dengan berpegang kepada prinsip MADANI sebagai panduan dan fokus MOSTI yang berteraskan P.R.E.C.I.SE iaitu ๐๐ฆ๐ฐ๐ฑ๐ญ๐ฆ ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ณ๐ช๐ค, ๐&๐, ๐๐ฏ๐ค๐ถ๐ญ๐ต๐ถ๐ณ๐ข๐ต๐ฆ, ๐๐ข๐ฑ๐ข๐ค๐ช๐ต๐บ ๐๐ถ๐ช๐ญ๐ฅ๐ช๐ฏ๐จ, ๐๐ฏ๐ท๐ฆ๐ด๐ต๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ต๐ข๐ณ๐ต-๐ถ๐ฑ๐ด ๐๐ค๐ฐ๐ด๐บ๐ด๐ต๐ฆ๐ฎ.
Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan sebanyak dua (2) Kertas Pertimbangan dan empat 4 (Kertas Makluman) berkaitan projek, program dan cadangan jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan secara kerjasama di antara pihak MOSTI dan kerajaan negeri dalam memperkasakan agenda STI negara.