Skip to main content
Berita

Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bilangan 9, Tahun 2025

9 April 2025, Putrajaya – Mesyuarat Pasca-Kabinet Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bilangan 9, Tahun 2025 telah dipengerusikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi MOSTI, ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah serta CEO jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
Semasa mesyuarat tersebut turut diadakan sambutan ulang tahun kelahiran YBhg. Datuk Seri KSU yang jatuh pada 31 Mac. Semoga YBhg. Datuk Seri sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, dilimpahi keberkatan dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
Skip to content