Skip to main content
Berita

Mesyuarat Pemantauan Projek-projek SANTUNI MADANI

31 Januari 2025, Johor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek-projek SANTUNI MADANI di Dewan Ibnu Sina, Kampung Tengah, Kluang Johor pada 31 Januari 2025.

Program SANTUNI MADANI bertujuan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui libat urus pemimpin bersama penduduk bagi mengenal pasti isu sosioekonomi dan mencadangkan kaedah penyelesaian serta keperluan penduduk setempat selaras dengan prinsip localised Sustainable Development Goals (SDG).
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pihak Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Pembangunan Kampung, Wakil Wanita, Wakil Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Tengah dan Wakil Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2.
Antara perkara-perkara yang menjadi perbincangan termasuklah Projek Pengindahan Masjid, Pembangunan Kampung, Penerangan mengenai program STEM dan Projek Keutamaan Tinggi: KEMAS. YBhg. Dato’ Ts. Dr. KSU bersama ahli mesyuarat turut melawat Kawasan projek-projek berkenaan bagi meninjau perkembangan setiap projek.
Skip to content