Skip to main content
BeritaCovid-19

Mesyuarat Pembentangan Strategi Menghadapi Kesan Wabak Covid-19 Terhadap Perniagaan Syarikat Startup Oleh YB Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) Kepada YB Menteri Kewangan Malaysia (MOF)

By 2020-04-03Februari 13th, 2021No Comments

3 April 2020, Putrajaya: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, YB Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz petang tadi mempengerusikan dialog bersama Wakil Syarikat ‘Startup’ berasaskan teknologi dan agensi pembiayaan teknologi, bagi membincangkan strategi terhadap perniagaan syarikat ‘startup’ tersebut dalam menghadapi kesan wabak Covid-19 ini.

Dialog turut membincangkan cadangan rangsangan kewangan berbentuk insentif bagi syarikat-syarikat tersebut serta bagaimana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan terhadap mereka termasuk kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai Pengurusan Tertinggi MOSTI dan Ketua Pegawai Eksekutif agensi-agensi di bawah Kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan syarikat start-up iaitu MAVCAP, MDV, MTDC, Cradle Fund Sdn Bhd, KMP, MDeC, MaGIC, Nano Malaysia Berhad dan TPM. Pemain industri syarikat ‘startup’ teknologi tempatan seperti 3D Gens Sdn Bhd, KOPPA, ParkEasy, Katsana dan Serv Technology Sdn Bhd juga turut serta dalam perbincangan tersebut.

MOSTI dan Kementerian Kewangan sentiasa mengambil berat keperluan syarikat-syarikat ‘startup’ ini bagi memastikan mereka dapat terus berdaya saing dalam mengharungi cabaran perniagaan ketika penularan wabak Covid-19.