Skip to main content
Berita

Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Pembangunan Bakat STI Bersama Kerajaan Negeri

27 April 2026, Putrajaya – Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Pembangunan Bakat STI di bawah Jawatankuasa Pemandu Bakat STI bersama Kerajaan Negeri telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Exco STI Negeri Perlis, wakil-wakil Kerajaan Negeri, serta wakil daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Digital dan Kementerian Sumber Manusia, selain agensi-agensi seperti TalentCorp, MDEC, CRADLE, MRANTI, BEC, MIMOS, MIGHT, ASM dan MTDC.
Mesyuarat membincangkan mengenai kerjasama strategik dalam pembangunan bakat rentas negeri, kementerian dan agensi bagi mengoptimumkan sumber. Tindakan susulan hasil mesyuarat ini akan dilaksanakan di bawah platform MEXCO STI sebagai usaha memastikan pembangunan STI yang menyeluruh dan inklusif.
Skip to content