Skip to main content
Berita

Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Tahun 2026

2 Disember 2025, Cyberjaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik 2026 bagi meneliti pencapaian 2025 serta menyelaras inisiatif untuk tahun hadapan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), dengan penyertaan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sehingga 15 November 2025, MOSTI telah mencapai 90% pelaksanaan inisiatif strategik 2025.
Sesi turut merangkumi pembentangan interaktif, perkongsian strategi transformasi perolehan serta taklimat cadangan Pelan Tindakan R&D&C&I 2025–2030 oleh Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), Kementerian Ekonomi.
Turut diadakan perkongsian oleh YBrs. Puan Hazami binti Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) mengenai pendekatan pembangunan teknologi berteraskan misi, diikuti sesi aktiviti berkumpulan untuk merangka cadangan gerak kerja merentas sektor.
Skip to content