Skip to main content
Berita

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15

19 Januari 2026, Kuala Lumpur – Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 bermula hari ini dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Antara intipati Titah Diraja Seri Paduka Baginda ialah penekanan terhadap kemajuan dan pencapaian Malaysia, agenda reformasi dalam pentadbiran serta undang-undang, pengukuhan integriti dan usaha pencegahan rasuah, selain kepentingan perpaduan nasional dan pendidikan dalam membentuk masa depan negara, khususnya di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Istiadat pembukaan tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Dr. Hj. Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Ahli-ahli Parlimen Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta urusetia MOSTI di Parlimen.
Skip to content