Skip to main content
Berita

Mesyuarat Secara Maya Di Antara Ketua Setiausaha Mosti Bersama Pengarah Serantau The French National Centre For Scientific Research (CNRS)

By 2020-10-17Oktober 23rd, 2020No Comments
Putrajaya, 16 Oktober 2020 – Mesyuarat Secara Maya telah diadakan di antara YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI bersama Dr. Jean-Paul Toutain, Pengarah Serantau, The French National Centre for Scientific Research (CNRS). Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai MOSTI dan Akademi Sains Malaysia.
MOSTI berpeluang mendengar sesi pembentangan daripada Dr. Jean-Paul Toutain mengenai pengenalan kepada CNRS, peluang kerjasama antarabangsa dan aktiviti-aktiviti CNRS di Malaysia dan di peringkat ASEAN.
CNRS adalah organisasi penyelidikan kerajaan terbesar di Perancis dan agensi sains asas terbesar di Eropah. Ianya diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai institusi penyelidikan saintifik dan juga institusi rujukan dalam dunia penyelidikan dan pembangunan (R&D). Sesi pengenalan ini akan membuka lebih banyak peluang kolaborasi di antara MOSTI dan CNRS pada masa akan datang.
Skip to content