Skip to main content
Berita

MOSTI Meneraju Pengkomersilan Produk R&D Negara

By 2014-10-31Februari 9th, 2021No Comments

 

Selaku agensi peneraju pembangunan sains, teknologi dan inovasi (STI) adalah menjadi matlamat  MOSTI bahawa kesedaran dan kefahaman STI terus dipertingkatkan serta diterjemahkan secara praktikal iaitu di peringkat awal penjanaan idea hinggalah kepada penghasilan produk R&D yang diterima pasaran.

Sehubungan itu, MOSTI menyediakan pembiayaan dalam bentuk dana atau geran sebagai penyuntik juga pemangkin pertumbuhan ekonomi yang merangkumi fasa penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C). Pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang disediakan oleh MOSTI adalah Science Fund, Techno Fund dan Inno Fund. Dana-dana tersebut diperincikan sepertimana berikut:

SCIENCE FUND

•    Dana ScienceFund merupakan geran yang disediakan oleh Kerajaan untuk menjalankan projek-projek R&D yang menyumbang kepada penerokaan idea baru dan kemajuan di bidang aplikasi sains dengan memfokuskan kepada penyelidikan inovatif dan berimpak tinggi.  Dana ini ditawarkan kepada penyelidik-penyelidik di institut penyelidikan tinggi awam dan swasta dan institut penyelidikan awam. Aktiviti R & D yang dibiayai oleh dana ini lebih menjurus kepada penghasilan aktiviti praktikal berasaskan pengetahuan dan tidak semestinya berorientasikan komersil.  Objektif dana ini adalah 1) untuk menyokong penyelidikan yang boleh membawa kepada inovasi produk atau proses pembangunan dan  pengkomersilan  dan 2) menjana pengetahuan saintifik baru dan mengukuhkan keupayaan dan kemampuan penyelidikan Negara.

TECHNO FUND

•    Dana untuk projek di dalam peringkat pra-pengkomersilan dengan pembuktian konsep yang kukuh.

INNOFUND

•    Dana untuk pembangunan atau penambahbaikan produk baru atau sedia ada,proses  atau perkhidmatan dengan unsur-unsur inovasi Menjurus kepada pengkomersilan produk inovatif, proses dan perkhidmatan.
•    Membantu kumpulan komuniti menterjemah pengetahuan dan idea kepada produk, proses atau  perkhidmatan  yang boleh meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat.

Di bawah RMke-9 (2006-2010), MOSTI telah menyediakan 16 jenis dana berbentuk geran dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.9 billion yang merangkumi fasa R,D&C. Dana-dana tersebut ditawarkan kepada syarikat-syarikat SME, Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi untuk menjalankan projek-projek R,D&C yang meliputi sektor ICT, bioteknologi, industri, teras sains dan teknologi (TS&T) dan Sea to Space (S2S). Di antara dana yang disediakan oleh MOSTI di bawah RMke-9 adalah Sciencefund, Technofund, Innofund, eContent, Demonstrator Application Grant Scheme roll-out (dags) dan Technology Development.

Sejumlah 3,851 projek berjaya disiapkan, 1,172 projek (26.8%) berpotensi di komersilkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 314 projek telah berjaya dikomersilkan. Antara produk tersebut adalah seperti Magic Zlate II, filem Upin Ipin ‘GENG: Pengembaraan Bermula’, filem Hikayat Merong Mahawangsa  dan Preservation Standardization & Enhancement Plastic Properties To Produce Standardized Base Blend.

Meneruskan kesinambungan pembiayaan dana R,D&C, di bawah RMke-10 (2011-2015), sehingga rolling plan 3 (2012/2013), kementerian menawarkan tujuh (7) jenis dana yang menjurus kepada keperluan memenuhi rantaian R,D&C. Dana-dana tersebut ialah Sciencefund, Dana Pra-Pengkomersilan (TechnoFund dan Inno Fund), Commercialisation of R&D Fund (CRDF), Biotech Commercialization Fund (BCF) dan Technology Acquisition Fund (TAF). Sehingga Oktober 2014, sebanyak 4,106 projek telah disiapkan, 1,172 projek berpotensi dikomersilkan dan 366 telah berjaya dikomersilkan. Di antara produk-produk tersebut adalah B-Smart Telematic Services, Motorised Cutter For Palm Oil Harvesting dan Sophisticated, Organic Certied, Preservative-Free Natural Plant Based Persoral & Skin Care Product.

Selaras dengan peruntukan Bajet 2015, dengan sasaran untuk mengkomersilkan 360 produk inovasi berimpak tinggi menjelang 2020, MOSTI telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan penghasilan produk-produk inovasi.  Maka dengan itulah MOSTI melancarkan Tahun Pengkomersilan MOSTI (MCY2014) pada Januari 2014 dengan menyasarkan 60 produk dikomersilkan pada akhir 2014, atas keyakinan menyumbang kepada usaha Kerajaan mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi melalui penjanaan kekayaan menerusi sains, teknologi dan inovasi.

Senarai direktori produk yang telah berjaya dikomersilkan ini juga  boleh dilayari di laman web www.mosti.gov.my Produk-produk ini juga akan dipamerkan di Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan 2014 (NICE2014)  yang akan berlangsung pada 31 Oktober 2014 – 2 November 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Program ini terbuka kepada orang ramai terutama kepada syarikat-syarikat juga individu yang terlibat dengan inovasi dan penyelidikan.

Skip to content