Skip to main content
Berita

MOSTI Menerima Anugerah Perdana: Anugerah Penerbitan Perkhidmatan Awam

25 Ogos 2022, Kuala Lumpur – Yayasan Pembangunan Buku Negara (YBPN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara telah menganjurkan Ekspo Buku Malaysia, Persidangan Buku Antarabangsa, Anugerah Buku Negara dan Forum Kelab Penulis, bertemakan Memartabatkan Buku Sebagai Karya Cendekia pada 22 – 25 Ogos 2022 di UPM. Program tahunan ini bertujuan memupuk minat membaca dan menulis dalam kalangan masyarakat yang pelbagai dalam Keluarga Malaysia.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima Anugerah Perdana: Anugerah Penerbitan Perkhidmatan Awam menerusi buku bertajuk Tahun Pengkomersialan Malaysia 2016 – 2020: STI Mencipta Kekayaan di dalam satu majlis yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 25 Ogos 2022. Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Hassan telah menerima anugerah tersebut. Buku berkenaan yang telah dilancarkan di dalam Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit) 2021 pada 10 Mac 2022 mengandungi pelaksanaan inisiatif dan pencapaian MCY dari tahun 2016 – 2020.

Skip to content