Skip to main content
Berita

MOSTI Menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA ‘13)

By 2013-03-26Mac 10th, 2017No Comments

Petugas

ChiefUS

YBYenYen

YBZahidHamidi

 Langkawi- Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2013 (LIMA ‘13) telah bermula dengan Majlis Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di sini pagi tadi.

Hampir 380 syarikat termasuk pengusaha industri pertahanan dari 60 negara telah menyertai Pameran LIMA ‘13. Di samping itu, sambutan dwitahunan yang berlangsung selama 5  hari mulai 26 hingga 30 Mac 2013 ini dijangka menarik lebih 170,000 pengusaha dan peniaga di bidang Maritim dan Aeroangkasa.  

MOSTI turut menyertai pameran antarabangsa LIMA’13 melalui  penglibatan agensi klaster angkasa, laut dan atmosfera iaitu Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD) dan Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB®) dengan mempamerkan pelbagai perkhidmatan yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

Di samping agensi MOSTI, pameran kali ini juga turut disertai oleh penerima dana pra-komersil MOSTI iaitu Subsea Explore Services (M) Sdn. Bhd. yang berjaya membangunkan Remotely Operated Vehicle (ROV) dan penerima dana sains iaitu Universiti Sains Malaysia yang mempamerkan boya Malaysian Integrated Ocean Observation System (MIOOS) iaitu satu sistem peralatan yang digunakan untuk mengukur data lautan seperti suhu, salinity dan kualiti air laut.

Booth MOSTI telah menerima kunjungan VVIP, VIP dan tetamu jemputan sempena Majlis Pelancaran LIMA’13.  Antara VVIP yang mengunjungi booth MOSTI adalah Menteri Pertahanan, Menteri Pelancongan dan Deputy Chief of Mission Kedutaan Amerika Syarikat.

Skip to content