Skip to main content
Berita

MOSTI Perkukuh Tadbir Urus Etika Bioteknologi Negara Melalui Majlis Bioetika Negara (MBeN)

17 November 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bioetika Negara (MBeN) Tahun 2026 di MOSTI, hari ini.
MBeN merupakan platform strategik kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus bioetika negara bagi memastikan pembangunan dan penggunaan bioteknologi dilaksanakan secara beretika, bertanggungjawab serta mengutamakan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Antara perkara penting yang dibincangkan ialah pengukuhan peranan MBeN sebagai badan penasihat strategik kerajaan dalam hal ehwal bioetika negara, termasuk cadangan penubuhan Jawatankuasa Etika Bioteknologi (JEB) di bawah MBeN. Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai penyelaras utama pelaksanaan Garis Panduan Etika Bioteknologi di Malaysia, di samping mempergiat pembangunan kapasiti dan meningkatkan kesedaran bioetika dalam kalangan pihak berkepentingan.
MOSTI komited untuk terus menerajui pengukuhan ekosistem bioetika negara melalui pendekatan 𝑤ℎ𝑜𝑙𝑒-𝑜𝑓-𝑔𝑜𝑣𝑒𝑟𝑛𝑚𝑒𝑛𝑡 dengan kerjasama strategik pelbagai pihak. Usaha ini selaras dengan aspirasi Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) dalam memacu Malaysia sebagai negara bio-inovasi berteknologi tinggi yang mampan, bertanggungjawab dan berdaya saing.
Skip to content