Skip to main content
Berita

MOSTI Sokong Penuh Pelaksanaan Inisiatif Friends of Minsitry (FOM)

14 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melaksanakan program Inisiatif 𝘍𝘳π˜ͺ𝘦𝘯π˜₯𝘴 𝘰𝘧 π˜”π˜ͺ𝘯π˜ͺ𝘴𝘡𝘳𝘺 (FOM) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Februari 2025. Program ini telah dihadiri oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Ahli-Ahli Yang Berhormat; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI serta barisan pengurusan MOSTI dan Agensi.

Inisiatif yang digerakkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Madani (π˜‰π˜’π˜€π˜¬π˜£π˜¦π˜―π˜€π˜©π˜¦π˜³π˜΄ 𝘊𝘭𝘢𝘣 – BBC) ini bertujuan memperkasa Ahli-ahli Parlimen Backbenchers Kerajaan Perpaduan sebagai agen kementerian dalam menjelaskan dasar dan polisi Kerajaan secara lebih efektif kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Menteri MOSTI, YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya berkata, β€œFriends ofMinistry (FOM) ialah lantikan Ahli-ahli Parlimen mengikut kementerian bagimenyokong pelaksanaan agenda kerajaan. Bagi MOSTI, FOM MOSTI akan membantu memperkasa komunikasi kementerian di lapangan, selain menyumbang kepada perbincangan dasar yang dapat membawa kebaikan kepada rakyat. Dengan sokongan padu Ahli-ahli Parlimen ini, agenda sains, teknologi dan inovasi dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat.”
Sesi taklimat mengenai peranan MOSTI dari aspek fungsi, dasar, perundangan, inisiatif serta cabaran berkaitan telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI. MOSTI yakin pelaksanaan inisiatif FOM akan memperkukuh jaringan komunikasi antara kementerian, Ahli Parlimen, dan masyarakat, seterusnya meningkatkan kefahaman rakyat terhadap peranan STI dalam pembangunan negara.
Seramai 13 orang Ahli Parlimen telah dilantik sebagai 𝘍𝘳π˜ͺ𝘦𝘯π˜₯𝘴 𝘰𝘧 π˜”π˜ͺ𝘯π˜ͺ𝘴𝘡𝘳𝘺 (FOM) MOSTI. YB Menteri turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli FOM MOSTI yang hadir iaitu YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas; YB Tuan Lee Chuan How, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Puan Hajah Rodziah binti Ismali, Ahli Perlimen Ampang; YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani; YB Puan Rodiyah binti Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong; YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Datul Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau.
Skip to content