30 Jun 2025, Perak – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneruskan penganjuran MOSTI Tech Talks siri ke-5 dengan topik, βππ©π¦ ππΆπ€ππ¦π’π³ ππ₯π¨π¦β bertempat di Bilik Seminar 7 dan 8, Undercroft, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Seri Iskandar, Perak.
(Pautan LIVE: https://www.facebook.com/share/v/1LuL9X47M3/)
Dalam ucapannya, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata βtenaga nuklear adalah contoh jelas bagaimana sains dan inovasi boleh diterjemahkan kepada impak sebenar dalam dunia nyata. Ia mencerminkan jenis ekosistem teknologi mendalam (deep-tech) yang ingin kita binaβiaitu ekosistem yang selamat, inklusif dan berpandangan jauh ke hadapan. Penggunaan Aman Nuklear bermakna Malaysia bersedia untuk menggunakan sains nuklear dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan aman. Ia bukan sekadar berkaitan tenaga semata-mata, Ia turut menyokong sektor kesihatan, pengeluaran makanan, perlindungan alam sekitar dan industri berteknologi tinggi negaraβ.
Seterusnya melalui panel kedua, Lee Yuh Jiunn, Pengurus Besar Billion Prima Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang pakar dalam pembangunan dan penyediaan teknologi pengimbasan keselamatan seperti pengimbas kargo dan bagasi X-ray, sistem Pengecaman Aksara Optik (OCR), serta pengesanan radiasi.
Dalam sesi perkongsian beliau, Lee turut mengetengahkan aplikasi teknologi berasaskan nuklear serta potensi penggunaannya dalam memperkukuh keselamatan dan kecekapan sistem pengesanan di pelbagai sektor. Produk-produk beliau juga telah mendapat pensijilan MySTI, iaitu sebuah inisiatif Kerajaan untuk memperkasakan lagi aktiviti pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan.
Segmen terakhir adalah sesi soal jawab yang berlangsung dengan pelbagai soalan menarik daripada para peserta. Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Julia binti Abdul Karim Pengarah Bahagian Sokongan Teknikal, Agensi Nuklear Malaysia.
Selaras dengan prinsip MADANI sebagai panduan dan fokus MOSTI yang berteraskan kepada konsep P.R.E.C.I.SE – People Centric, R&D, Enculturate, Capacity Building, Investment dan Start-ups Ecosystem – yang diperkenalkan oleh YB Menteri sejak tahun 2023, setiap program yang dilaksanakan hendaklah memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Program siri kelima Tech Talks pada hari ini turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohamed Firouz Asnan, Presiden UTP; YBhg Datuk Ts. Dr. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBhg. Prof. Dato. Ir. Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Provost of UTP dan YBrs Puan Ruziah binti Hj. Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran lebih 300 peserta, termasuk kakitangan UTP dan pelajar-pelajar universiti. MOSTI Tech Talks menjadi platform penting untuk menyebarluaskan pengetahuan STI serta menggalakkan interaksi langsung antara kepimpinan kementerian dan masyarakat akademik.