Skip to main content
Berita

MTDC Melabur dalam Oncode untuk Memacu Aspirasi teknologi Kesihatan Malaysia dan Memperkukuh Deep-Tech Negara

05 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), sebuah agensi di bawah MOSTI hari ini telah memeterai perjanjian pelaburan dengan Oncode Scientific Sdn. Bhd. (Oncode), sebuah syarikat 𝘥𝘦𝘦𝘱-𝘵𝘦𝘤𝘩 tempatan yang mengkhusus dalam diagnostik molekul dan perubatan jitu. Perjanjian ini menandakan satu lagi langkah strategik dalam suntikan modal oleh MTDC ke atas syarikat tempatan berimpak tinggi. Majlis menandatangani perjanjian ini telah disaksikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh hala tuju teknologi kesihatan negara, khususnya dalam sektor bioteknologi dan teknologi kesihatan digital. Ia akan menyokong pengembangan makmal diagnostik molekul di hospital tempatan, peningkatan keupayaan biosensor berasaskan kecerdasan buatan (AI), serta mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kit diagnostik generasi baharu. Inisiatif ini sekaligus menyokong peralihan Malaysia ke arah sistem penjagaan kesihatan yang lebih pintar.

Inisiatif ini menyokong aspirasi negara dalam memperkukuh daya saing sektor teknologi kesihatan berimpak tinggi, selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), termasuk peruntukan RM40 bilion bagi sektor kesihatan dan penekanan terhadap pembangunan industri berasaskan inovasi dan teknologi termaju.

Skip to content