Skip to main content
Berita

NextGen Tech@MOSTI 2026: Dari Idea Ke Dunia Sebenar

21 September 2026, Sabah – Program hari pertama diteruskan dengan Program NextGen Tech@MOSTI 2026** bersama YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi**, dan dihoskan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jurry, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta dihadiri oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah.

Antara perkara yang ditekankan oleh YB Timbalan Menteri ialah keberanian anak muda untuk berkongsi dan mengetengahkan idea. MOSTI menggalakkan generasi muda untuk tidak takut berkongsi idea, sebaliknya yakin dengan potensi idea yang boleh diteroka dan dibangunkan untuk masa hadapan.
Sesi selanjutnya bertajuk “NEXTGEN: Are You Ready for the Industry of Tomorrow?” menampilkan tiga panel jemputan, iaitu Tuan Yahyah Sidek, Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn. Bhd.; En. Khairee bin Mad Saad, Business Development Manager, SGS Malaysia; dan En. E B Johnson Gubod, Pengarah Bonexus Sdn. Bhd. & OceanMarix Sdn. Bhd.
Sesi ini membincangkan peranan teknologi dan inovasi dalam menangani isu serta cabaran setempat di Sabah, di samping memberi ruang kepada para pelajar memahami bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat.
NextGen Tech@MOSTI merupakan salah satu platform yang menghubungkan anak muda dengan pemain industri dan tokoh akademia, di samping membuka ruang untuk mereka meneroka peluang kerjaya serta perkembangan teknologi semasa.
Melalui pendedahan kepada industri, perkongsian kepakaran dan wacana berkaitan hala tuju teknologi, MOSTI terus memperkukuh usaha membina komuniti inovator muda Sabah yang berdaya saing, berkemahiran dan terhubung dengan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.
Skip to content