Skip to main content
Berita

NIBN Fun Run 2025 : MOSTI Tekankan Gaya Hidup Sihat

YBhg. Dato Ruziah Bt Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI telah menyertai Program NIBM Fun Run 2025. Program ini telah berlangsung meriah dengan penyertaan warga NIBM, rakan industri dan pihak penganjur. Acara sulung ini menutup tirai dengan penghargaan kepada NIBM atas usaha mempromo

sikan gaya hidup sihat serta mengukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti.

Bertemakan “We Unite Through Science & Technology”, larian sejauh 3KM ini mendekatkan masyarakat kepada peranan NIBM sebagai konsortium bioteknologi negara yang menaungi ABI, IPharm dan MGVI. Penganjuran ini turut meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan bioteknologi melalui latihan industri, pembangunan kapasiti dan kerjasama bersama industri serta institusi akademik.
Penyertaan pelbagai pihak mencerminkan peminat sukan rekreasi mencerminkan sukan sebagai medium penyatuan. MOSTI turut menghargai komitmen penganjur dan urusetia yang memastikan kelancaran program.
Skip to content