Skip to main content
Berita

Official Launch Of MD Analytic & Exchange Strategic Investment On Artificial Intelligence (AI) : MAP2U & Citysage

14 November 2025, Cyberjaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hadir merasmikan Pelancaran Rasmi MD Analytic & Exchange Strategic Investment on Artificial Intelligence (AI) di Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa platform ini adalah tonggak penting bagi Strategic Investment Exchange dalam teknologi AI, yang mengukuhkan ekosistem data, AI, dan teknologi negara selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
MD Analytic meningkatkan keupayaan kerajaan dan industri untuk mengurus, menganalisis, dan memanfaatkan data secara menyeluruh dalam satu ekosistem bersepadu, menyokong transformasi digital berasaskan data, pengurusan teknologi, dan pembangunan inovasi negara.
Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi ini akan mempercepat pemindahan teknologi, memupuk bakat STI tempatan, dan membantu Malaysia bergerak ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2050.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Ts. Gs. Hj. Azhar Bin Hj. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MAP2U Sdn. Bhd. dan YBrs. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Bahagian Teknologi Pembangunan Mampan (SDT), MIGHT.
Skip to content