Skip to main content
Berita

Pelaksanaan Program Pementoran Kepimpinan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 2026

14 Julai 2026, Putrajaya – Seramai 40 orang pegawai MOSTI, Jabatan dan Agensi terlibat dalam menjayakan program ini terdiri daripada mentor gred JUSA C dan ke atas dan menti gred 12 dan ke atas daripada pelbagai skim perkhidmatan. YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI beserta barisan Pengurusan Tertinggi MOSTI, Jabatan dan Agensi turut terlibat sebagai mentor dalam pelaksanaan program ini.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melengkapkan calon pemimpin pada masa akan datang dengan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan baharu dalam masa tiga (3) bulan menerusi enam (6) sesi pertemuan pementoran kepimpinan antara mentor dan menti.
Slot perkongsian ceramah proses pelaksanaannya telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Ahmad Badruddin bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Skip to content