KUALA LUMPUR, 12 Oktober, 2017 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan National Innovation and Creative Economy (NICE) Expo 2017. Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terbesar negara ini bertujuan untuk memupuk dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) di kalangan rakyat. Ia selaras dengan sasaran agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menyemarakkan ekonomi kreatif dan inovasi dalam STI di samping menggalakkan pembangunan Ekonomi Baru negara.