Skip to main content
BeritaCovid-19

Pelancaran Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19

By 2021-06-16Jun 28th, 2021No Comments
16 Jun 2021, Selangor – Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 dilancarkan di Selangor hari ini oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi oleh Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri MOSTI merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. Adham Baba.
Selain dari Selangor, vaksinasi untuk sektor pembuatan juga dimulakan secara serentak di Pulau Pinang dan Johor yang akan memberi tumpuan kepada subsektor pembuatan yang kritikal.
Program PIKAS dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk membantu mempercepat vaksinasi bagi rakyat khususnya pekerja, untuk mencapai imuniti kelompok di kalangan masyarakat. Ini adalah amat penting dalam melindungi pekerja daripada risiko jangkitan COVID-19 kerana keselamatan mereka dapat memastikan ekonomi kembali cerdas dan terus berdaya tahan.
Pada waktu yang sama PIKAS dilaksanakan, program vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan yang paling rentan tetap akan menjadi keutamaan.
Skip to content