Skip to main content
Berita

Pelepasan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam Skuad Ihsan Madani MOSTI ke Misi Pasca Banjir di Perak

29 Oktober 2025, Putrajaya – Hari ini seramai 12 orang sukarelawan Skuad Ihsan MADANI MOSTI berlepas ke Taiping, Perak bagi melaksanakan Misi Pasca Banjir yang melibatkan kerja-kerja pembersihan serta penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Misi ini diselaraskan oleh Kelab KEMSAINS MOSTI dengan penglibatan sukarelawan daripada Ibu Pejabat MOSTI, Jabatan Kimia Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia.
MOSTI merakamkan penghargaan kepada YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi atas sokongan dan sumbangan kepada Kelab KEMSAINS MOSTI bagi menjayakan misi yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2025 dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Tengah.
Skip to content