Skip to main content
Berita

Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau

12 Julai 2025, Terengganu – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir, Terengganu.

Sebagai menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), Tenaga Nasional Berhad (TNB), PETRONAS dan Terengganu Inc. telah menjalinkan kolaborasi strategik untuk membangunkan 𝘐𝘯𝘡𝘦𝘨𝘳𝘒𝘡𝘦π˜₯ 𝘌𝘯π˜₯-𝘡𝘰-𝘌𝘯π˜₯ 𝘩𝘺π˜₯𝘳𝘰𝘨𝘦𝘯 𝘝𝘒𝘭𝘢𝘦 𝘊𝘩𝘒π˜ͺ𝘯 ke arah merealisasikan Semenanjung Malaysia sebagai Hab hidrogen hijau di rantau ini melalui projek Solar Terapung Hidro Hibrid di Empangan Kenyir dan pembangunan hab hidrogen hijau di Kerteh, Terengganu.
Majlis turut disaksikan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YB Dato’ Nara Setia Dato’ Haji Zulkifli Bin Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu; YBhg. Tan Sri Mohd Bakke bin Salleh, Pengerusi PETRONAS dan YBhg. Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi TNB.
YBhg. Datuk Seri KSU turut berpeluang dibawa naik ke Empangan Kenyir untuk melihat sendiri rekabentuk Solar Terapung Hidro Hibrid yang akan digunakan bagi projek ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun dan Ketua Penolong Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Ts. Mohd Helme bin Mohd Helan.
Skip to content