Skip to main content
Berita

Penggulungan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

08 September 2025, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan penggulungan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 atau RUUTA di Dewan Negara, hari ini.

Antara intipati pindaan ini termasuk langkah persediaan penting untuk Malaysia membangunkan program kuasa nuklear bagi kegunaan tenaga, di samping memastikan tidak timbul masalah untuk negara mendapatkan teknologi dan bahan nuklear bagi pembangunan loji kuasa nuklear untuk menjana elektrik.
Pindaan ini juga melibatkan tempoh sah lesen yang dipanjangkan sehingga maksimum 40 tahun, selaras dengan reka bentuk hayat reaktor. Selain itu, peruntukan baharu menetapkan bahawa pelupusan sisa radioaktif hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang lesen yang sah di bawah undang-undang ini. RUU ini turut memperkukuh aspek penguatkuasaan dengan menetapkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan keselamatan nuklear.
Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBrs. Puan Ruziah Bt Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI serta bahagian dan jabatan yang terlibat.
MOSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam usaha ini.
Skip to content