Skip to main content
Berita

Penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Bakal Iktiraf dan Perkasa Hampir 1,000,000 Kerjaya

By 2015-04-04Disember 14th, 2020No Comments

4 April 2015, Kepala Batas, Pulau Pinang – Selaras dengan usaha untuk memantapkan fungsi dan peranannya selaku peneraju agenda STI negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014 dan dipersetujui di Dewan Rakyat pada 2 April 2015 lalu. Rang Undang-undang ini akan dibentangkan semula di Dewan Negara dalam tempoh terdekat sebelum diluluskan menjadi Akta Teknologis dan Juruteknik 2014 yang akan memberi laluan kepada penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Penubuhan MBOT akan memberi pengiktirafan kepada kerjaya teknologis dan memperkasa pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT).

“MBOT dijangka akan memberi peluang pengiktirafan kepada lebih kurang 400,000 graduan teknologi kejuruteraan yang bakal dihasilkan oleh Malaysia Technical University Network (MTUN) menjelang tahun 2020. Selain itu, seramai 400,000 lulusan politeknik akan turut mendapat peluang pengiktirafan. Bagi program kemahiran pula, lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang ditawarkan oleh 911 pusat bertauliah turut menikmati peluang yang sama. MBOT juga akan menjadi signatory dalam bidang teknologi dan teknikal yang berkaitan bagi memastikan teknologis serta juruteknik yang dihasilkan di negara ini menepati standard antarabangsa dan mampu bersaing di peringkat global”, demikian menurut YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang membacakan teks ucapan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sempena Majlis Penutupan Karnival Creativity & Science4U Zon Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang .
Penganjuran Creativity & Science4U Zon Utara ini adalah merupakan penganjuran kedua selepas Zon Selatan Mac lalu, melibatkan kerjasama strategik 20 agensi persekutuan dan negeri yang menyenaraikan pelbagai pengisian/aktiviti menarik sepertimana berikut:
i. Pameran Oleh Agensi-Agensi MOSTI dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak;
ii. Pertandingan Inovasi Pelajar-Pelajar Zon Utara
iii. Science Show oleh Pusat Sains Negara
iv. Innovation Talk
v. Kuiz Sains
vi. Ceramah-Ceramah Kerjaya
vii. Aktiviti Crime Scene Investigation (CSI) olehJabatan Kimia Malaysia
viii. Cerapan Matahari oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang
ix. Forum Perdana bertajuk “ Sains Akhir Zaman”