Skip to main content
Berita

Delivery Of Keynote Adress By Ybhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir At The “Market Insights By Industry Experts Conference” By EU Business Avenues In South East Asia Programme

By 2020-12-03Disember 18th, 2020No Comments

Pada 29 November 2020, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Market Insights by Industry Expert Conference sebagai penyampai ucaptama secara maya. Persidangan tersebut dianjurkan di bawah EU Business Avenues in South East Asia Programme dengan objektif untuk membantu syarikat-syarikat EU dalam memahami teknologi dan ekosistem industri alam sekitar dan air di Malaysia.

Semasa persidangan tersebut, YBhg. Datuk Ir. KSU telah berkongsi berkenaan Science, Technology, Innovation and Economic (STIE) Framework yang menjadi kerangka kerja utama dalam memacu ekonomi Malaysia menerusi pelbagai sektor termasuk sektor alam sekitar dan air.

Persidangan maya ini dihadiri oleh Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, T.Y.T. Michalls Rokas, Delegasi EU ke Malaysia, syarikat-syarikat EU dan syarikat-syarikat sokongan tempatan. Wakil-wakil agensi termasuk Akademi Sains Malaysia (ASM), Nano Malaysia Berhad dan Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) turut hadir dan menyertai persidangan ini.

Skip to content