Skip to main content
Berita

Penyerahan Projek Hidroponik (Trusmadi’s Mini Greenhouse), Inisiatif Social Technopreneurs Enrichment Program (STEP) 2023

16 Jun 2023, Sabah – Penyerahan Projek Hidroponik (Trusmadi’s Mini Greenhouse), Inisiatif Social Technopreneurs Enrichment Program (STEP) 2023 oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kepada SK Magatang, Keningau, Sabah.
Trusmadi’s Mini Greenhouse adalah satu bentuk teknologi inovatif yang memperkenalkan sistem akuaponik, hidroponik dan lain-lain penyelesaian yang berkaitan sebagai alternatif kepada keterjaminan makanan dan menyelesaikan isu alam sekitar. Seterusnya, memodenkan persekitaran pembelajaran STEM dan peluang pembelajaran berasaskan hands-on dan praktikal.
Inisiatif STEP merupakan salah satu program Utama di bawah Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK) yang dilaksanakan oleh MOSTI dan Kementerian Kewangan.
STEP bertujuan untuk menghimpun para usahawan sosial dengan teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian. Inisiatif ini dirancang untuk membantu golongan sasaran, termasuk kumpulan B40, Orang Asal, dan penduduk luar bandar, dengan meningkatkan ketersediaan makanan dan sumber makanan yang sihat.
354162416 651583486997310 8714008358869762870 n     354228581 651583526997306 2240804530646740442 n354975609 651583700330622 2979924203659757696 n     354461875 651583450330647 5112997018299491023 n
Skip to content