15 Januari 2025, Putrajaya – Hari ini telah diadakan Penyerahan Surat Pelantikan Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan sebagai Agensi Pelaksana Program/ Projek Pembangunan Di Bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) untuk Tahun 2025.
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan dihadiri oleh semua ahli Pengurusan Tertinggi MOSTI.
Semua agensi pelaksana diingatkan agar meneruskan usaha dan fokus kepada penjanaan ekonomi rakyat serta pembangunan ekonomi negara. Semua agensi pelaksana juga hendaklah memastikan peruntukan pembangunan dan mengurus yang disalurkan dapat dibelanjakan mengikut perancangan dan keutamaan semasa Badan Berkanun Persekutuan/Syarikat Kerajaan.