24 Januari 2018 – Penyerahan Watikah Perlantikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kepada YBhg. Prof Datuk Dr. Marimuthu Nadason sebagai Pengerusi Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia (MSDAM) untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018 . Pelantikan ini adalah selaras dengan peruntukan Subseksyen 13(1) Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).
Pemilihan Datuk Marimuthu adalah berdasarkan kepada komitmen tinggi beliau dalam memperjuangkan hak-hak pengguna khususnya dalam isu-isu berkaitan kualiti dan pematuhan kepada standard semenjak tahun 1993 lagi.
Pengalaman Datuk Marimuthu memimpin gerakan pengguna termasuk menubuhkan Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) pada tahun 2004 adalah sangat bertepatan dengan hasrat Kerajaan kini dalam mengutamakan suara Rakyat serta mendapatkan keyakinan mereka, demi menjamin keadilan sosio–ekonomi, peningkatan kualiti hidup dan perlindungan pengguna dan alam sekitar yang lebih baik serta mampan.