Skip to main content
Berita

Penyertaan KSU MOSTI di 22nd Annual Meeting of The Science, Technology in Society (STS) Forum di Kyoto, Jepun

05 Oktober 2025, Jepun – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri 22nd Annual Meeting of the Science and Technology in Society (STS) Forum 2025 yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun.

Forum berprestij ini menghimpunkan pemimpin global dalam bidang sains, politik, perniagaan dan akademia bagi membincangkan kesan jangka panjang sains dan teknologi terhadap masyarakat.
STS Forum turut menjadi platform penting bagi mencari penyelesaian bersama terhadap cabaran global, memperkukuh rangkaian kerjasama antarabangsa serta merangka kerangka untuk menangani isu berkaitan etika, keselamatan dan alam sekitar.
Forum pada tahun ini turut diserikan dengan keberangkatan Maharaja dan Maharani Jepun pada majlis perasmian yang bertemakan “Looking at the World in 2030 and Beyond – The Future of Science and Technology and Humankind.” Turut hadir bersama KSU MOSTI adalah Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan En Rushdi Abdul Rahim daripada MIGHT.
Skip to content