Skip to main content
Berita

Penyertaan KSU MOSTI di 22nd Annual Meeting of The Science, Technology in Society (STS) Forum di Kyoto, Jepun

05 Oktober 2025, Jepun – Ketua Setiauasaha MOSTI, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah mewakili negara Malaysia dalam Sesi Meja Bulat Menteri Sains dan Teknologi bertajuk “Science, Technology and Innovation for Future Siciety”, sempena perlangsungan 22nd Annual Meeting of Science and Technology in Society Forum (STS Forum) 2025.

Beliau telah menyampaikan kenyataan negara yang menonjolkan Kerangka 10–10 MySTIE dan Malaysia MADANI sebagai pandu arah untuk memacu teknologi berimpak tinggi di Malaysia. Pendekatan tadbir urus sains, teknologi dan inovasi yang berteraskan rakyat (people-centred), kepercayaan (trusted), dan dipacu perkongsian (partnership-driven) juga ditekankan bagi memastikan inovasi menjana kemakmuran yang inklusif, selamat dan mampan kepada rakyat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari 26 negara, termasuk wakil Menteri atau setaraf dari Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Iran, Malaysia, Montenegro, Mozambique, Belanda, New Zealand, Poland, Sri Lanka, Switzerland, Uganda dan United Kingdom.
Skip to content