Skip to main content
Berita

Penyertaan Virtual YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia di Dalam 2020 Zhongguancun (ZGC) Forum

Putrajaya,18 September 2020 – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menyertai 2020 Zhongguancun (ZGC) Forum secara virtual anjuran bersama antara The People’s Government of Beijing Municipality, the Ministry of Science and Technology of the People’s Republic of China, the Chinese Academy of Sciences dan the China Association for Science and Technology. Forum ini bertemakan “Innovation through Cooperation and Meeting Challenges Together” disertai oleh para saintis terkemuka dan menteri sains daripada negara-negara asing.
Forum ini juga bertujuan menjadi platform perkongsian pengalaman dan bertukar pandangan dalam menangani wabak COVID-19 di negara masing-masing. Malaysia turut mengambil peluang berkongsi pengalaman dan usaha-usaha yang telah diambil di peringkat domestik dan antarabangsa dalam menghadapi situasi pandemik ini. Malaysia turut memberikan pandangan akan kepentingan Open Science Diplomacy dan Inovasi Digital. Malaysia kini, sedang membangunkan Sijil Kesihatan Blockchain. Dengan menggunakan Teknologi Blockchain, kebolehkesanan pensijilan Halal juga dapat dipantau.
Skip to content