Skip to main content
Berita

Perbincangan Cadangan Pelaksanaan National Quantum & AI Center of Excellence (NQAIC)

17 Ogos 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan perbincangan bersama IBM Asia Pacific berhubung cadangan pelaksanaan National Quantum & AI Center of Excellence (NQAIC) di MOSTI, Putrajaya.

Perbincangan memberi fokus kepada kerjasama dalam pembangunan ekosistem teknologi kuantum dan AI, termasuk bakat tempatan, R&D, infrastruktur serta penerokaan kes penggunaan yang relevan kepada keperluan negara.
MOSTI akan terus memperkukuh kerjasama dengan industri, agensi, institusi penyelidikan dan akademia bagi memastikan Malaysia bersedia memanfaatkan teknologi strategik masa hadapan serta memperkukuh daya saing negara dalam ekonomi berasaskan sains, teknologi dan inovasi.
Skip to content