Skip to main content
Berita

PERHIMPUNAN BULANAN MOSTI

By 2012-12-07Disember 14th, 2020No Comments

15

 

Putrajaya 7 Disember 2012 : Perhimpuanan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian pagi ini. Antara amanat yang disampaikan oleh beliau ialah ucapan penghargaan kepada warga MOSTI atas pencapaian yang cemerlang dalam beberapa aspek seperti Penarafan 5 Bintang bagi Penilaian Laman Web/Portal Agensi Kerajaan 2012 oleh MDeC. Turut disentuh adalah Laporan Sistem Audit Nilai warga MOSTI yang pada pandangan YBhg. Dato’ Dr  dapat ditambah baik dalam meningkatkan budaya kerja cemerlang di kalangan warganya.  Ucapan penghargaan turut dirakamkan terhadap penganjuran Hari Keluarga MOSTI yang diadakan baru-baru ini sebagai sebahagian usaha dalam menjalinkan kemesraan di kalangan keluarga kakitangan Kementerian. 

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa seterusnya Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Shahrul Nizam bin Ajis daripada Bahagian Sumber Manusia diserikan lagi dengan sesi ceramah oleh Encik Abdul Hadi bin Abd. Malek  daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang membawakan tajuk “Integriti Memperkasa Budaya Kerja Cemerlang”.

Majlis disudahi dengan sesi memperkenalkan pegawai baru, penyampaian hadiah dan sambutan Hari Lahir Warga MOSTI.

Turut hadir pada perhimpunan ini ialah YBhg Dato’ Dr Sharifah Zarah binti Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan), Puan Azizah binti Yusof, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan Pegawai-Pegawai Kementerian.

Skip to content