Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan MOSTI (November) 2024

28 November 2024, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (November) 2024 bersama YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI berlangsung pada hari ini di pekarangan lobi Blok C5, MOSTI, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D dan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan.
Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini bertemakan ‘Kasih Keluarga, Jiwa Madani’ bersempena dengan Bulan Keluarga Kebangsaan menggariskan kepentingan elemen nilai kasih sayang dan keharmonian dalam keluarga sebagai asas kepada pembentukan masyarakat berteraskan kepada prinsip MADANI.
YBrs. Puan Ruziah dalam ucapannya mengimbas kembali usaha-usaha, program dan aktiviti MOSTI sepanjang bulan Oktober dan November bagi terus memartabatkan agenda STI negara, antaranya:
✅ Bengkel Penyediaan Cadangan Inisiatif Bold and Radical RMK13 peringkat MOSTI
✅ Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 2 Tahun 2024
✅ Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bakat STI Negara
✅ Mesyuarat Dua Hala antara pasukan penggubal MOSTI dan Jabatan Peguam Negara (AGC)
✅ Mesyuarat Lembaga Angkasa Malaysia (MSB) pada 30 Ogos 2024
✅ Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics Peringkat Akhir Kebangsaan 2024
✅ Program Realiti TV Inovasi (INNOVATHON)
✅ Lawatan Kerja ke Republik Turkiye
✅ Program The International Week of Innovative Ideas (Innoweek.Uz-2024)
✅ Majlis Perjumpaan YB Menteri bersama keluarga MOSTI sempena Hari Sukan Negara
✅ Program Nano Kebangsaan (nanoKEB) 2024
✅ 2nd International Nanotechnology Olympiad (INO) 2024
✅ Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik di bawah RM 1 Billion dan Anugerah Pengurusan IBS Terbaik di bawah RM 1 Billion
Bulan November juga merupakan Bulan Integriti di mana Hari Integriti Nasional di sambut pada 5 November 2024 bertemakan “Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi” merupakan inisiatif dalam membudayakan integriti dan memupuk nilai-nilai murni sejagat di kalangan Keluarga MOSTI di samping memperteguh tatakelola dalam pelbagai sektor.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang berlangsung sempena Dekad Bahasa Kebangsaan, Pemenang Pertandingan Badminton Piala SUBKP, Pemenang Pertandingan Sepak Penalti Piala KSU, Pemenang Langkah Sihat Putrajaya, Penyampaian Sijil Audit EKSA, Makluman Kenaikan Pangkat, Makluman Pegawai Keluar Masuk dan Sambutan Hari Lahir (September) Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi.
Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Skip to content