Skip to main content
Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI (Oktober)

31 Oktober 2023, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Oktober) bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI diadakan di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Tema untuk Perhimpunan Bulanan MOSTI kali ini adalah Minggu Angkasa Sedunia, Hari Nanoteknologi Kebangsaan, Hari Sukan Negara dan Agenda Nasional Sihat Malaysia.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan Pejabat Penasihat Undang-undang MOSTI.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin dalam ucapannya menekankan mengenai Tagline MOSTI iaitu Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi yang perlu dipraktikkan dalam setiap gerak kerja MOSTI.
“Majlis Perhimpunan Bulanan ini bukanlah sekadar rutin, tetapi juga merupakan platform yang penting untuk kita berkongsi maklumat, idea-idea baharu dan perkembangan terkini di MOSTI dan pencapaian MOSTI setakat ini. Harapan saya agar kita dapat bersama-sama untuk terus berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam meningkatkan kemajuan STI untuk negara Malaysia tercinta ini” Kata YBhg. Dato’ KSU.
Terlebih dahulu telah diadakan sesi perkongsian sempena Minggu Angkasa Sedunia yang disampaikan oleh Encik Mohd Zamri Shah Bin Mastor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Planetarium Negara, dengan tajuk “Interstellar”.
Turut disampaikan anugerah Pengurusan Aduan Awam bagi tahun 2022 dimana MOSTI telah memperolehi pencapaian cemerlang 5 Bintang.dan penyampaian Sijil Pemeriksaan Tempat Kerja (Peringkat Kementerian) MOSTI telah mendapat Gred A dalam pematuhan pemeriksaan tempat kerja dengan markah sebanyak 97.93% pada tahun ini.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di MOSTI sempena HKHM2023 dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah:
✅Makluman Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
✅Makluman Kenaikan Pangkat
✅Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Oktober)
Skip to content