Skip to main content
Berita

Perhimpunan Bulanan Oktober dan Program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat MOSTI Bersama YB Menteri

9 Oktober 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Oktober dan Program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat MOSTI anjuran Bahagian Pentadbiran bersama Bahagian Penguasa Angkasa.

Program ini menggalakkan warga MOSTI mengamalkan gaya hidup sihat serta menekankan kepentingan keseimbangan kesihatan fizikal dan mental. Kira-kira 600 peserta, termasuk warga Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara, menyertai aktiviti Zumba, karom, dart dan permainan maya Counter-Strike.
Turut diadakan cabutan bertuah dengan kerjasama Kelab KEMSAINS. Hadiah peralatan sukan Decathlon sumbangan kelab disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Semua peserta menerima sijil penyertaan.
Sukan menyatukan, kesihatan menguatkan. MOSTI komited untuk terus memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kementerian demi membina warga kerja yang cergas, produktif dan sejahtera.
Skip to content