Skip to main content
Berita

Perhimpunan Khas MOSTI sempena Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri

3 Januari 2025, Putrajaya – Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini berkumpul di Atrium Peterana, MOSTI dalam Perhimpunan Khas MOSTI sempena Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri yang diikuti secara atas talian.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada para penjawat awam atas prestasi yang membanggakan sepanjang tahun 2024.
Walaubagaimanapun, YAB Perdana Menteri mengingatkan semua agat tidak terpukau dengan pujian sebaliknya sentiasa berusaha dan bertekad mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Antara intipati amanat YAB Perdana Menteri termasuklah:
✅ Tiga mesej utama : Bersyukur, Mencari jalan penambahbaikan dan Kekalkan nilai prestasi
✅ Jangan bermula dengan sikap selesa
✅ semua agensi perlu melaksanakan mesyuwarah dengan melibatkan semua dan cari kerangka untuk menambahbaik proses kerja
✅ Berikan sedikit ruang bagi semua agensi supaya mencari jalan bagaimana boleh kita tingkatkan kualiti perkhidmatan setiap agensi, memperbaiki kelemahan dan ruang penambahbaikan
✅Penjawat awam dan perkhidmatan Awam Malaysia perlu menjadi contoh kepada negara-negara luar
✅ Berikan ruang latihan kepada penjawat awam muda untuk memperluaskan pengetahuan, contohnya dalam bidang AI, teknikal, pertanian dan sebagainya
✅ Jangan gelojoh, tamak haloba dan tumpuan kepada mencari jalan penambahbaikan
✅ Jadikan Malaysia Negara hebat – tumpuan kepada Kepengerusian ASEAN
Perhimpunan khas ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan MOSTI, warga MOSTI serta turut di ikuti melalui siaran langsung di media sosial.
Skip to content