Skip to main content
Berita

Perjumpaan Dua Hala Malaysia–Perancis

8 Julai 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini telah mengadakan pertemuan dua hala dengan TYT Nicolas Forissier, Menteri Delegasi bagi Perdagangan Luar dan Daya Tarikan Ekonomi Perancis. bersempena penganjuran The France-Malaysia Innovation Day 2026.
Pertemuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Perancis dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi berteraskan teknologi maju, inovasi dan pembangunan mampan.
Antara fokus utama perbincangan adalah potensi kerjasama dalam bidang mineral kritikal, nuklear, elektrik dan elektronik (E&E), serta bidang-bidang lain yang berkepentingan bersama. Pihak Perancis turut menyatakan komitmen untuk memperluas kerjasama dengan Malaysia melalui pemindahan teknologi dan pertukaran kepakaran, di samping memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
Pertemuan ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Perancis, sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem sains, teknologi dan inovasi negara demi manfaat bersama.
Skip to content