Skip to main content
Berita

Perjumpaan Gabungan Persatuan-Persatuan Sains dan Teknologi Malaysia (COSTAM) Bersama Y.B Datuk Seri Panglima Dr. Menteri

By 2012-07-17Mac 10th, 2017No Comments

 

Putrajaya 17 Julai 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Sains & Teknologi Malaysia (COSTAM) yang diketuai oleh Presidennya Prof. Ir. Dr. Ruslan Hassan telah mengadakan satu perjumpaan dengan Y.B Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di pejabat beliau di Putrajaya.

COSTAM dalam taklimatnya kepada YB Menteri telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai kemerosotan minat para pelajar sekolah dalam bidang sains. Pada masa ini, nisbah pelajar dalam bidang sastera kepada sains adalah sebanyak 60:40. Jika fenomena ini berterusan, ia akan menjejaskan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam perbincangan ini juga, COSTAM telah menyatakan bahawa mereka telah menjayakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan minat pelajar dan siswazah universiti seperti sekolah angkat, bengkel dan simposium. COSTAM  sebagai sebuah gabungan yang mempunyai 34 persatuan juga telah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengadakan beberapa aktiviti melalui pelbagai inisiatif baru bagi meningkatkan dan seterusnya mengekalkan minat para pelajar dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pengkormesilan, Dr. Masuri Bin Othman dan Setiausaha Bahagian Teras Sains & Teknologi, Pn Azizah Ariffin.