Skip to main content
Berita

Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara Members of Parliament Football Club (MPFC) dan MOSTI FC

25 Februari 2025, Kuala Lumpur – Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara Members of Parliament Football Club (MPFC) dan MOSTI FC telah berlangsung pada jam 8.00 malam di Stadium Arena Universiti Malaya. Perlawanan persahabatan ini dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan ukhwah di antara pemain pasukan ahli-ahli parlimen dan pemain pasukan MOSTI.
YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI bersama 25 pemain dari Ibu Pejabat MOSTI, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara bermain menentang pasukan ahli-ahli parlimen antaranya dari Tampin, Gopeng, Paya Besar dan Subang Jaya.
Kedua-dua pasukan telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan dimana akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan MPFC. Tahniah diucapkan.
Skip to content