Skip to main content
Berita

Pertandingan Dron Multi GP Pemilihan Peringkat Antarabangsa 2023

9 Julai 2023, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah hadir menyaksikan Pertandingan Dron Multi GP Pemilihan Peringkat Antarabangsa 2023 bertempat di Area 57, MRANTI Park, Bukit Jalil.

Multi GP merupakan sebuah liga perlumbaan dron profesional yang mempunyai lebih 30,000 pelumba berdaftar di seluruh dunia. Seramai 40 peserta daripada Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong, Indonesia, China dan Russia telah menyertai pertandingan pada kali ini.
Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan industri sukan dron negara, meningkatkan minat generasi muda terhadap STEM melalui sukan dron serta menambahkan potensi bakat pengendali dron bagi memenuhi permintaan industri dron negara, selaras dengan aspirasi Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia (MDTAP30) oleh MRANTI yang mensasarkan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
Area 57 menyediakan infrastruktur bersepadu di kawasan seluas 5 ekar bagi perkhidmatan penyelidikan, pembangunan, pengujian, pensijilan, pembuatan, pengkomersialan serta penyelenggaraan penyelesaian dan teknologi berkaitan dron untuk memanfaatkan komuniti pengguna dan pengeluar dron. Area 57 merupakan pusat sehenti yang pertama untuk inovasi Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV dan UAS) di wilayah tengah Malaysia.
Pusat sehenti perkembangan industri dron ini disediakan dengan landasan dron 100 meter, kawasan jaring dron 300 meter persegi, tapak mock up pengujian dron, hangar, makmal, peralatan pembuatan, fasiliti latihan dan kawasan pengujian prototaip, pejabat operasi serta bengkel perkhidmatan dan penyelenggaraan dron untuk kegunaan pengendali dron.
MOSTI sentiasa menyokong program, aktiviti dan usaha-usaha berkaitan dalam memacu perkembangan STI negara.
Skip to content